twitter
rss




PENGURUSAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Jadi sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland (1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada
prestasi akademik murid.


PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah  didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang
digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah
satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi
membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik
darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.

Menurut Lemlech (1988),  pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

Manakala, pendapat Levin dan Nolan (2004) pula, mereka memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.

3 comments:

  1. erm...seorang guru kena bijak dlm mengurus kelas agar p&p dlm kelas berhasil..:)

  1. sudah tentu..nak jadi guru,kita kena kuasai dlm setiap sudut..

  1. Bagaimana dengan sumber atau bahan-bahan pengajaran?
    Adakah ia dapat berkaitan dalam membantu pengurusan bilik darjah?

Post a Comment