- Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah keyakinan dan mengurangkan rasa bosan.
- Bermain juga
bertindak sebagai satu alat pemulihan, pengukuhan
dan pengayaan. Permainan
juga dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan.
- Selain itu,
permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang
murid serta minat untuk menjelajahi dan mencipta idea.
- Menurut Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh
(2004), permainan merupakan satu cara melatih murid
sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk
menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak
akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari
sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
- Beard dan Senioa (1980), melaporkan
bahawa kajian ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar
yang berkemungkinan besar boleh menggerakkan murid untuk belajar atau
mengekalkan motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka dengan
aktif (Ahmad Mohd. Salleh, 1997).
- Contohnya:
- Memilih
bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan mudah mengikut
nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2 soalan dengan betul
diberi sebatang pensil.
- Guru juga boleh
melakukan permainan yang lebih kurang sama seperti contoh di atas. Hanya
soalan sahaja yang berlainan. Selain itu main pasir, air dan bongkah
secara berkumpulan dapat mendidik kanak-kanak bersabar,
bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan.
CARA
PELAKSANAAN:
- Menentukan tahap
aras pengetahuan murid.
- Menentukan
bahagian yang perlu untuk menggunakan kaedah bermain
- Menentukan
aktiviti bagi pelaksanaan kaedah bermain yang dijalankan.
- Menyediakan
bahan-bantu mengajar (BBM) yang sesuai dengan aktiviti permainan
yang dijalankan.
- Menerangkan
kepada murid peraturan dan cara permainan.
- Merekod
perubahan tingkah laku murid sepanjang pelaksanaan
- perubahan
pencapaian dan minat murid terhadap pelaksanaan aktiviti