twitter
rss



  • Aktiviti ini sangat menarik untuk guru- guru mengawal murid- murid  yang degil.. dengan hanya menggunakan ganjaran..insyaallah..murid akan mendengar kata.
  • Sikap berlumba- lumba ingin menang wujud dalam diri murid..Setiap ucapan guru memberi impak yang begitu besar dalam diri mereka apatah lagi bila diberi ganjaran.
  • Jadi,  suatu kad yang berbentuk bintang boleh diberikan kepada murid apabila mereka menunjukkan sikap yang positif.
  • sekiranya, seorang murid mendapat bintang tersebut, secara tidak langsung akan menimbulkan rasa cemburu kepada murid- murid yang lain. oleh yang demikian.. murid- murid lain juga akan berlumba- lumba menunjukkan sikap positif di dalam kelas.. hah..mudah kan..:)
  • Cara ini bertepatan dengan MODEL DISIPLIN SKINNER...
       Pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kesan yang   .      membawa kepada tingkah laku secara berkesan.

Peneguhan : 

•Mengajar tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa  yang kurang wajar.
•Terbahagi kepada dua iaitu :

-peneguhan positif : ganjaran material, kata-kata pujian, keistimewaan.
-peneguhan negatif : rangsangan ditarik balik, hukuman, denda.


  • Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga menambah keyakinan dan mengurangkan rasa bosan
  • Bermain juga bertindak sebagai satu alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Permainan juga dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. 
  • Selain itu, permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta minat untuk menjelajahi dan mencipta idea.
  • Menurut Musa Daia (1992),  dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004),  permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
  • Beard dan Senioa (1980), melaporkan bahawa kajian  ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar yang berkemungkinan besar boleh menggerakkan murid untuk belajar atau mengekalkan motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka dengan aktif (Ahmad Mohd. Salleh, 1997).
  • Contohnya:
    • Memilih bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan mudah mengikut nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2 soalan dengan betul diberi sebatang pensil.
    • Guru juga boleh melakukan permainan yang lebih kurang sama seperti contoh di atas. Hanya soalan sahaja yang berlainan. Selain itu main pasir, air dan bongkah secara berkumpulan dapat mendidik kanak-kanak bersabar, bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan.




CARA PELAKSANAAN: 
  1. Menentukan tahap aras pengetahuan murid.
  2. Menentukan  bahagian yang perlu untuk menggunakan kaedah bermain
  3. Menentukan aktiviti bagi pelaksanaan kaedah bermain yang dijalankan.
  4. Menyediakan bahan-bantu mengajar  (BBM) yang sesuai dengan aktiviti permainan yang dijalankan.
  5. Menerangkan kepada murid peraturan dan cara permainan.
  6. Merekod perubahan tingkah laku murid sepanjang pelaksanaan
  7. perubahan pencapaian dan minat murid terhadap pelaksanaan aktiviti






    •  Penggunaan kaedah nyanyian terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar. mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi P&P serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid.
    • Kaedah nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan menghiburkan dengan penggunaan elemen nyanyian dalam P&P.
    • Ini dibuktikan melalui murid- murid yang menjalani proses P&P menggunakan kaedah nyanyian merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan murid- murid yang menjalankan proses P&P menggunakan kaedah konvensional. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar.
    • Ini selaras dengan kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994) yang mengutarakan bahawa jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif.                                                                                                                                

    • contohnya:
1.   Guru menunjukkan gambar rajah ‘rukun solat’ melalui Power Point.
2.  Guru memperkenalkan setiap ‘rukun solat’ bersama gambar.
3.   Guru menerangkan setiap ‘rukun solat’ secara terperinci.
4.  Guru memaparkan lirik lagu  ‘rukun solat’ melalui Power Point
5.  Guru memperdengarkan lagu ‘rukun solat’ kepada murid- murid
6.  Murid menyanyikan lagu ‘rukun solat’ bersama-sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan.
7.  Nyanyian diulangi beberapa kali.
8.  Murid- murid menyalin lirik lagu di dalam buku tulis.
9.  Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi P&P.





1. Pengajaran untuk kelas:-
Seberapa boleh, guru harus berusaha mengajar kelas secara keseluruhan. Maksudnya, segala kenyataan kita ditujukan kepada seluruh kelas dan semua pelajar bagi menjalankan aktiviti yang sama. Cara ini bermakna pelajar menerima seratus peratus masa dan perhatian kita. Biasanya, rutin seperti ini tidak perlu diubah. Walaupun begitu, anda berhadapan dengan kelas pelbagai peringkat kebolehan. Kita patut mengambil langkah mengenal pasti jenis kelompok di dalam kelas itu. kita dapat mengenal pasti kelompok di dalam kelas dengan memerhatikan pelajar melalui cepat ataupun lambatnya pelajar itu menyempurnakan satu set latihan, memberikan rsepons pada soalan yang diajukan dan melalui tahap kerja rumah mereka.

Kelas dapat dipisah-pisahkan kepada beberapa kelompok. setiap kelompok terdiri daripada pelajar yang sama peringkat kebolehannya. Pelajar boleh bertukar daripada satu kelompok ke kelompok lain berdasarkan pemantauan yang berterusan terhadap prestasi mereka. Mungkin guru masih dapat mengajar kelas secara keseluruhan, tetapi tugasan di dalam kelas serta kerja rumah harus berbeza menurut peringkat keupayaan setiap kelompok. Kelompok pelajar cerdik diberi tugas tambahan manaka kelompok pelajar yang rendah kebolehannya dikurangkan tugasannya.

2. Pengajaran berkelompok:-
Apabila perbezaan peringkat kebolehan pelajar terlalu ketara, guru boleh menetapkan kelompok kepada beberapa kumpulan seperti cepat, sederhana dan lambat. Ini adalah ikhtiar terakhir kerana ia dapat mengubah jangka masa interaksi guru dengan setiap pelajar. Walaupun begitu, cara ini sungguh bermanfaat apabila dapat meningkatkan pembelajaran. Pelajar perlu dibahagikan mengikut kelompok yang bersesuaian yang sudah dikenal pasti. Bagi memudahkan hubungan, tempatkan ahli setiap kelompok di kawasan yang sama. Walaupun semasa mengajar kelas dibahagikan kepada beberapa kelompok. Guru hendaklah berusaha sekali-sekala menyatukankelas sebagai satu unit. Ini dapat mewujudkan kepelbagaian dalam pelajaran dan pada masa yang sama mengekalkan identiti kelas.

Mulakan dengan idea umum yang diketahui oleh semua kelompok. seterusnya diikuti dengan aktiviti bersama seperti latihan ringkas yang dapat dilakukan oleh semua pelajar. Teruskan mengajar kelompok cerdik, dengan mencelah aktiviti yang sedang dijalankan, berikan bimbingan yang sesuai dengan keperluan kelompok dan berikan tugas tambahan. Kelompok ini menyempurnakan tugas pertama dan kemudian membuat tugas tambahan yang diberi oleh guru. Sementara itu, kelompok lain menumpukan sepenuhnya perhatian kepada tugas mereka.

Guru pula beralih ke kelompok kedua dan akhirnya ke kelompok ketiga. Tahap tugas diberi sesuai dengan peringkat kebolehan kelompok dan pelajar dapat menyempurnakansegala latihan di dalam kelas. Selepas guru berurusan dengan kelompok ketiga, pelajar lain juga sudah menyempurnakan latihan ringkas tadi. setrusnya, seluruh kelas membuat tugas tambahan. Ketiga-tiga kelompok menyempurnakan tugas terakhir tadi lebih kurang pada masa yang sama. Kemudian, anda boleh menyatukan mereka semula apabila perlu.

3. Pengajaran secara individu:-
Perkara ini berlaku pada setiap pelajaran walaupun tempohnya hanya seketika seperti semasa guru berhenti di meja pelajar dan berbincang dengan pelajar itu. Objektif ini memang dikehendaki oleh semua. Selepas seminggu atau beberapa minggu, pelajar sepatutnya sudah mendapat perhatian secara individu oleh guru walaupun hanya bertemu sekali seminggu. Interaksi seperti ini memerlukan beberapa saat ataupun seminit dua sahaja. Aturkan penemuan di luar masa kelas bagi pelajar yang memerlukan bantuan yang mengambil pasa yang lebih.

Pengajaran secara individu memakan banyak masa dan hanya membazirkan tenaga apabila dilakukan di dalam kelas. Ada pusat latihan dan maktab swastayang mendaftar pelajar harian. Setiap pelajar di dalam kelas itu berada pada peringkat kebolehan yang berlainan. Akan tetapi, keadaan seperti ini jarang berlaku. Guru yang menghadapi keadaan ini harus membahagi masanya dalam kalangan pelajar yang hadir dengan memberikan arahan dan menetapkan tugas bagi setiap pelajar. Guru perlu berusaha mencari titik persamaan bagi setiap pelajaran supaya pengajaran yang berkesan dapat disampaikan kepada kelas walaupun selama beberapa minit sahaja.




PERATURAN BILIK DARJAH








Semua murid hendaklah duduk di tempat masing-masing apabila pelajaran bermula.

Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah.

Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising di dalam bilik darjah.

Murid-murid dilarang menconteng dinding, meja, papan notis dan papan tulis.

Murid-murid dilarang  duduk di atas meja kecuali diarah oleh guru.

Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada waktu rehat.

Murid-murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam bilik darjah.












PENGURUSAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi keempat, pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajaran dan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Jadi sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan guru dengan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland (1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada
prestasi akademik murid.


PENGURUSAN BILIK DARJAH

Pengurusan bilik darjah  didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang
digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah
satu kemahiran yang amat penting dan perlu dikembangkan oleh guru-guru bagi
membolehkan guru mengurus pembelajaran dengan lebih berkesan. Pengurusan bilik
darjah pada umumnya bertujuan mewujudkan keadaan, suasana, dan persekitaran
pembelajaran yang kondusif.

Menurut Lemlech (1988),  pengurusan bilik darjah diibaratkan sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan, prosedur dan sumber pengajaran. Ia juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi meningkatkan keberkesanan, pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin akan timbul.

Manakala, pendapat Levin dan Nolan (2004) pula, mereka memberi tumpuan aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri. Mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan serta sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.